Syarat Am Kemasukan | 1.Warganegara Malaysia
2.Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
3.Lulus Bahasa Melayu
4.Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
5.Mendapat SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
6.Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal, pembelajaran atau lain-lain yang menyukarkan kerja-kerja amali
|
---|
Tempoh Pengajian | 4 Semester |
SINOPSIS
Sijil Kulinari adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam Kulinari.Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:
1. Amalan sanitasi dan keselamatan di tempat kerja.
2. Pengenalan kepada bahan, alat, dan pengurusan tempat kerja (dapur).
3. Melaksanakan teknik dan kaedah memasak yang betul, serta memenuhi standard industri.
4. Menilai rasa, rupa, tekstur dan masa penyediaan terhadap produk hidangan yang telah siap.
5. Proses penyediaan, menghias dan menghidang.
6. Proses perlaksanaan kerja secara individu dan berkumpulan.