Konsep Industry On Campus (IOC)

Industry on Campus merupakan satu inisiatif membawa persekitaran sebenar industri ke dalam pross Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Pembangunan IOC di Kolej Komuniti dan Politeknik METrO akan menjadi pemangkin kepada penyepadanan spesifikasi kerja dan kemahiran yang diperlukan industri.

IOC merupakan satu kolaborasi berpusatkan pelajar atau pelatih dengan menggunakan pendekatan belajar daripada industri sebenar, sama ada beroperasi di dalam institusi, mahu pun di industri atau pun di premis sewaan lain.

Sila klik untuk panduan penuh Industry On Campus (IOC) Politeknik dan Kolej Komuniti Edisi 2 / 2023.

Visi

Peneraju kepada pembangunan modal insan unggul, kemahiran tinggi dan relevan industri.

Misi

Memanfaatkan perkongsian simbiotik dengan industri dalam pembangunan bakat dan tenaga kerja masa hadapan melalui pemindahan teknologi, konsultansi dan latihan dalam bidang bagi memenuhi keperluan industri dan pembangunan negara.

Objektif

  1. Mendedahkan pelajar kepada persekitaran industri pada peringkat awal.
  2. Meningkatkan kompetensi pensyarah (instructors)
  3. Mengaplikasikan masalah sebenar di industri sebagai konteks PdP
  4. Menghasilkan graduan yang industry ready

Hubungi Kami

Kolej Komuniti Nibong Tebal
2, Jalan Tasek Ss1,
Bandar Tasek Mutiara,
14120 Simpang Ampat,
Pulau Pinang

Got Questions? Call us

Pelawat

Pelawat sedang online0Minggu ini8Bulan ini62Jumlah pelawat123738Masa load web--
Tarikh akhir kemaskini : Jun 23, 2025 @ 8:24 am