MAKLUMAT AM
Maklumat Program
Ia merupakan latihan kemahiran berdasarkan proses kerja sebenar. Terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang telah menamatkan dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia. Penawaran secara sepenuh masa. Pelajar akan menjalani Latihan Industri atau Program Externship - jika diperlukan oleh SKK yang memerlukan pendedahan industri atau penilaian oleh Panel Penilai Luar / Industri.
Apakah menariknya program ini?
-
Latihan berasaskan kepada proses kerja bertujuan untuk memasuki pasaran kerja dalam bidang berkaitan
-
Diiktiraf oleh badan-badan profesional dan agensi-agensi kerajaan
-
Berpeluang mendapatkan pelbagai kemahiran daripada modul-modul yang ditawarkan
-
Penilaian dilaksanakan oleh badan profesional dan agensi kerajaan
-
Berpeluang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi bagi mereka yang layak
- Kebolehpasaran yang tinggi
Nama Program :
- Sijil Kulinari
Syarat Kemasukan:
- Warganegara MALAYSIA;
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM / SPMV) atau setara;
Tempoh Pengajian:
- 4 semester (2 tahun)
Bantuan Kewangan
Kementerian Pengajian Tinggi telah memperuntukan bantuan kewangan bagi membantu pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran ke Kolej Komuniti iaitu
Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)
Para pelajar yang mempunyai ibu/bapa/penjaga berpendapatan RM3000.00 dan ke bawah layak memohon (tidak tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah). Bantuan Kewangan ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat semasa.